Tuesday 2 October 2012

Rektor & Timbalan Rektor IIUM Diganggu Angkara WUFI?



Pihak MediaSiberUIAM menerima satu kejutan apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan di Page Fb 'Pilihanraya Kampus Nasional 2012/2013 [Official]'. Selepas pengumuman keputusan pengundian semula bagi SRC Election, Datuk Dr Mizan Hitam terus menerus dikecam.

Sehinggakan ada pihak bukan sahaja mewujudkan page '15,000 IIUM Students Want Dr Mizan Hitam Resign From IIUM', malahan wujudnya bunting/banner yang dibuat supaya beliau terus diganggu.Bukan sahaja Datuk Dr Mizan, Rektor IIUM juga dipalitkan sama.

Berikut adalah laporan polis yang telah dibuat oleh beliau :


Pada Jumaat 28 September 2012 lebih kurang jam 1830hrs saya Datuk Dr. Mizan bin Hitam telah dimaklumkan oleh seorang pemanggil lelaki ingin membuat tempahan untuk membeli burger. Saya amat terkejut dengan panggilan tersebut, semasa berada di rumah alamat seperti di atas dan pemanggil tersebut memberi tahu dia membuat tempahan ini kerana ada risalah berkenaan penjualan burger dan di dalam risalah tersebut menggunakan nombor telefon bimbit menggunakan nombor handphone saya 019-******* dan Prof. Dato" Sri Zaleha binti Kamaruddin- rektor 019-******* untuk tempahan burger bakar daripada saya. Saya bertanya kepada pemanggil tersebut dari manakah beliau memperolehi nombor telefon saya. Pemanggil tersebut memberitahu dia seorang pelajar UIAM yang berasal dari Singapura. Beliau juga telah memberitahu nombor telefon saya diperolehi dari risalah yang temui di Perkarangan Masjid UIAM.

Pada 29 September 2012 lebih kurang jam 1000 saya telah dimaklumkan sekali lagi oleh orang awam iaitu seorang perempuan melayu yang tidak dikenali ingin menempah daging korban. Kemudian saya bertanya kepada pemanggil tersebut dari mana dia memperolehi nombor telefon bimbit saya dan memberitahu bahawa dia telah terbaca "banner" yang dipasang di kawasan Masjid Salehuddin Al Ayubbi Taman Melati untuk tempahan daging kurban yang menggunakan nombor telefon handphone saya 019-
******* dan Prof. Dato" Sri Zaleha binti Kamaruddin- rektor 019-*******. Pihak keselamatan telah membuat pemeriksaan kawasan tersebut dan telah mengambil satu contoh "bunting" di kawasan Simpang LRT Taman Melati untuk tempahan daging kurban kepada saya.

Pada 1 Oktober 2012 lebih kurang jam 0942 saya telah dimaklumkan sekali lagi oleh orang awam iaitu seorang perempuan melayu yang tidak dikenali nombor telefon 03-22738655 berminat untuk membeli satu unit Kondo daripada saya. Kemudian saya bertanya kepada pemanggil tersebut dari mana dia memperolehi nombor telefon bimbit saya dan memberitahu bahawa dia telah terbaca satu"banner" yang dipasang di kawasan "NSK" Selayang menggunakan nombor telefon handphone saya 019-
******* dan Prof. Dato" Sri Zaleha binti Kamaruddin- rektor 019-*******.

Tujuan saya membuat laporan ini adalah kerana meminta pihak polis menjalankan siasatan ke atas orang yang menyalahgunakan nombor handphone saya dan rektor untuk kepentingan mereka. Saya menafikan bahawa saya pernah mengedarkan risalah dan banner yang berkaitan. Kejadian ini terjadi setelah keputusan pilihanraya kampus UIAM 2012/2013 dibatalkan kerana masalah teknikal. Sekian laporan saya. 
  
Pihak kami menjangka bahawa ini merupakan hasil tangan WUFI yang memang berdendam dengan Timbalan Rektor IIUM ini sejak kes mereka kantoi surat lantikan palsu. Kini mereka bertindak lebih agresif sehingga nama Rektor IIUm juga diheret sama dalam kancah politik kampus mereka.

Tuesday 25 September 2012

Banner Calon Bukan WUFI ditanggalkan

Menjelang12 tengah malam 24 September, mengikut akta pilihanraya universiti, calon PRK UIAM diarah memberhentikan kempen pilihanraya mereka. Calon dikehendaki mencabut dan mengempas banner, poster dan props kempen yang mereka pasang di sekitar UIAM.

Namun, pelik apabila calon WUFI menanggalkan banner calon BUKAN WUFI..

Ia menimbulkan seribu keraguan & persoalan...







WUFI ada kaitan dengan pihak luar !? #PRKampus #MediaSiberUIAM

Benarkah apa yang dilihat ?...betulkah sedemikian ?...hanya gambar yang mampu menceritakan segalanya...









Debaran terasa...nantikan keputusan PRK UIAM #PRKampus #MediaSiberUIAM

 
Debaran terasa buat calon-calon yang bertanding di PRK UIAM. Nantikan keputusannya di fanpage Facebook Berita PRK UIAM atau lebih pantas di Twitter @MediaSiber_UIAM, #PRKampus #MediaSiberUIAM

Poster Bukan Dari Kalangan WUFI Diturunkan!!! #PRKampus

gambar hiasan

Pihak kami mendapati beberapa poster calon Pilihan Raya Kampus UIAM telah diturunkan menjelang malam tadi, namun disyaki ada segelintir calon yang didapati dari kalangan WUFI tidak diturunkan poster-poster kempen mereka.

Menurut undang-undang Pilihanraya Kampus, calon-calon hendaklah berhenti berkempen tepat jam 12.00am. Untuk keserataan keadilan semua pihak, calon-calon perlu mengikut semua undang-undang pilihanraya kampus. Jadi mereka mengambil kesempatan ini untuk menurunkan poster pihak lawan.

Sebelum ini pihak WUFI didapati telah mengedar risalah yang tidak sah mengikut sumber kami ianya menyalahi undang-undang UIAM. Jadi mungkinkah ada pihak yang cuba berkempen secara kotor dengan membuat perkara yang menyalahi undang-undang semata-mata untuk meraih undi?

Akan adakah siri meraih undi simpati seperti dipukul atau diculik?

Monday 24 September 2012

WUFI Langgar Undang-Undang PilihanRaya Kampus UIAM?! #PRKampus

gambar hiasan
Gerakan WUFI dipercayai menghantar ahlinya untuk masuk didalam UIAM untuk mengedar risalah-risalah yg tidak sah dan melanggar undang-undang di bulatan Iqra jam 5.55 petang semalam..
Suspek: wanita
No Plat moto: BFM 4278
Jenis: Modenas Kriss warna biru

Gelagat ~ V.O.T.E ~


Jangan lupa vote yer pada 25/9/2012 nanti...marilah ramai-ramai keluar mengundi..
.~ V.O.T.E ~

IIUM Annoucements

*from my.iium Announcements::

Shutdown of Wireless Service (UIAM):

Salam to all,
...
Please be informed that SRC General Election 2012/2013 will be held on Tuesday, 25th September 2012. In order to ensure the smooth running of the event, wireless services will be unavailable during the said period.
Date: Monday, 24th September – Tuesday 25th September 2012
Time : 8pm till 8pm
Location : All campuses
We apologized for any inconvenience caused. Thank you.

Technical Team
SRC General Election 2012/2013

Gelagat Suasana PRK di UIAM siri 2

Ada kawan bagitahu yang poster Islah banyak digantung...Hurm popular juga Islah nie...tapi calon lain ada juga berkempen dengan cara yang kreatif...Dalam waktu yang sama, suatu kemalangan lagi berlaku di persimpangan masuk kuliyyah Engin..Berdoa agar student itu selamat ....amin...

Kreatif...:-)

Diantara Banner yang digantung

~ V.O.T.E ~ again...hehehe

Kemalangan berlaku di persimpangan masuk Kuliyyah Engin..Riders UIAM beware yer...
Semoga kawan kita tu selamat...

Sunday 23 September 2012

Apabila Ibadat Jadi Bahan Kempen Pilihanraya Kampus UIAM! #MediaSiberUIAM #PRKampus #PROMenipu








1. Gambar-gambar di atas adalah 'print screen' video kempen bagi seorang calon bernama Muhammad Hamidi bin Zamri dari KENMS.

2. Nampaknya dari video tersebut, elemen memperdagangkan agama untuk politik yang bermula dari PAS telah menyerap masuk kepada golongan Mahasiswa.

3. Calon ini yang dikatakan wakil daripada We Unite For Islam (WUFI) yang merupakan Pro-M di UIAM.

4. Tiga pesanan untuk adik Hamidi:

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al-An'aam ayat 162)

Maka weil (satu lembah di dalam neraka jahannam disediakan) bagi orang-orang yang sembahyang tetapi lalai iaitu mereka yang riyak (menunjuk-nunjuk). (Surah Al-Mauun Ayat 4)


Siapa orang yang berpuasa hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’, 
Siapa orang yang sholat hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’, 
Siapa orang yang bersedekah hanya ingin di lihat orang maka itu adalah Riya’.( Al Imam Ahmad )



5. Telah terbukti bahawa sememangnya PAS telah merosakkan pemikiran anak muda ketika ini. Proses pengkaderan PAS telah bermula sejak awal lagi.

6. Sekiranya perkara ini berlanjutan, apa agaknya akan berlaku kepada genarasi yang akan datang?



Gelagat suasana PRK UIAM

Ada yang gembira, ada yang sedih...ada yang penat dan ada yang begitu semangat berkempen. Ada juga yang terbabas berlanggar pokok kerana mengantuk. Di harap rakan tersebut berada di keadaan baik-baik belaka...di bawah picture suasana dan gelagat berkempen di UIAM.

~V.O.T.E ~
 
 
Ada yang siap masuk TV tu...

Terbabas akibat mengantuk...semoga baik-baik belaka...amin..

Fuh !! besar dan panjang poster tu...tak gayat ker...:-)

Saturday 22 September 2012

Akaun Twitter Kami Di HACKED!!

Akaun twitter @MediaSiberUIAM telah di SPAM oleh pihak-pihak tertentu sehingga menjadikan akaun twitter kami tidak lagi boleh digunakan.

Pihak kami telah mengenalpasti pihak-pihak tertentu yang mana tidak akan kami dedahkan setakat ini. Sila follow akaun twitter kami yang baru @MediaSiber_UIAM untuk ikuti isu-isu terkini di UIAM.

WUFI Berkempen SRC IIUM.. Namun Siapakah Calon Mereka?


WUFI telah mula berkempen. Titik persoalannya disini siapakah calon WUFI yang dikatakan bertanding atas tiket bebas?

Kewujudan WUFI di UIAM adalah realiti !?

Sedang ana menikmati minuman di Cafe Ali, tetiba ana di "approach" oleh seseorang yang tengah "promote" calon. Ana melayan sebentar karenah insan tersebut. Selesai "berkempen" pada ana, insan tersebut pergi ke tempat lain pula untuk berkempen. "Nampaknya ramai calon wufi yang bertanding"....Celah kawan ana..
 
Apa yang ana baca di facebook IIUM Online group, setakat ini pihak Wufi menafikan pembabitan mereka di dalam memasang banner serta pengedaran flyers di UIAM. 2 penafian telah dibuat namun ia membuktikan kewujudan pihak Wufi di UIAM. Kewujudan WUFI di UIAM tidak dapat disangkal lagi dan sekiranya ada orang bertanya dengan ana maka jawapannya "Ya" dan WUFI wujud.
 
Sekiranya benar WUFI wujud di UIAM siapakah calon-calon yang dihantar oleh WUFI untuk bertanding di Pilihanraya Kampus UIAM.? Berapa ramai?.. Mungkin ramai ingin mengetahui siapa calon-calon yang dihantar oleh WUFI untuk bertanding..
 
 

Layak Atau Tidak WUFI Sahaja Yang Menerajui IIUM


Semalam, sedang ana mentela'ah pelajaran di bilik, datang la seorang sahabat dari fakulti ana. Katanya saja datang untuk berziarah dan bertanya khabar...

Hairan juga hati ana. Kawan ana ni tak pernah datang ke bilik ana walaupun kami sekuliah hampir 3 tahun. Tiba-tiba saja ke bilik ana. Apa mahunya? Tak apalah...ana bersangka baik sajalah...

Membuka bicara, kawan ana ni datang sebenarnya nak ajak ana sama-sama turun mengundi pada pilihanraya kampus IIUM. Dalam masa yang sama, dia ada promote seseorang pada ana untuk ana pangkah pada 25hb ni...

Ana tutup buka kejap dan beri fokus pada kempennya. Dalam hati, ana ni bukan berkenan sangat dalam bab-bab politik ni. Bab Islam ana minat la, especially bab sejarah Islam. Ana suka! Tapi dah dia tu tetamu, ana layan je la...

Rupanya, dia penyokong kuat WUFI. Katanya, hanya WUFI saja yang layak memimpin di IIUM dan pihak lain selain WUFI tak layak jadi pemimpin kami. Ana hanya mengangguk saja. Dalam hati, ana malas nak layan sebenarnya...

WUFI IIUM (Pro-M) Menafikan Lagi! #PRKampus


Satu lagi penafian yang dilakukan WUFI selepas isu banner pagi tadi. Kempen politik kampus yang semakin hangat untuk memastikan kerusi yang ditandingkan menang membuatkan calon sentiasa bersedia dengan pelbagai strategi. Dalam risalah yang diedarkan tersebut jelas dengan ciri-ciri WUFI (sebelum ini dikenali sebagai Pro-M UIAM) yang tidak mahu campur tangan mana-mana parti politik.

Seperti yang sedia maklum bahawa Pro-M secara tidak langsung terlibat dengan permainan parti politik pembangkang seperti demonstrasi jalanan yang melibatkan kekecohan jika diimbas semula demonstrasi jalanan yang banyak kali berlaku pada tahun ini.


Ingin pihak kami imbas kembali sejarah-sejarah Pro-M contoh seperti gambar diatas. Sebagai contoh untuk dijadikan rujukan, Safwan Anang merupakan salah seorang Pro-M UM yang terlibat dengan pelbagai demonstrasi jalanan.

Taktik yang digunakan oleh mereka ialah dengan adanya strategi yang dirancang seperti kes di UPSI yang mana dia merempuh pintu klinik sehingga mencederakan diri sendiri apabila lari dari pihak berkuasa selepas mengganggu ketenteraman awam dengan berdemo di jalanan yang mana kemudiannya diwar-warkan yang dia dipukul oleh pihak berkuasa.

Jadi taktik seperti ini boleh meraih simpati orang ramai dan mungkin ini memang strategi yang digunapakai semasa kempen piliharaya kampus ini supaya apa yang dirancangkan ,mereka nafikan lalu mendapat simpati supaya dapat meraih undi para pelajar.

Amalkan cara berkempen dengan membawa imej serta reputasi yang baik. Pilihlah calon yang anda rasakan sesuai untuk membimbing anda dengan menjaga adab,akhlak dan nama baik universiti. Jadilah seorang mahasiswa yang bijak dalam membuat keputusan.

Friday 21 September 2012

Penafian Oleh Gerakan WUFI IIUM Berkenaan Banner Pro-M #PRKampus


Penafian yang jelas tidak berasas ini menampakkan permainan 'politik kotor' dari pihak WUFI yang mana mereka menafikan tidak menggantung banner seperti yang dijelaskan kerana tidak ada dana yang mencukupi untuk berbuat demikian.

Kenyataan yang dibuat pagi jumaat itu disedari pihak kami awal tengah hari tadi dan pihak kami meninjau kawasan-kawasan yang dikatakan menggantung banner-banner tersebut pada sebelah petangnya.


Namun banner-banner tersebut masih lagi tidak diturunkan oleh pihak WUFI yang dikatakan ingin 'menolak sekeras-kerasnya politik kotor dan fitnah demi menjunjung konsep peradaban institusi UIAM sebagai Taman Ilmu & Budi.'

Persoalan yang timbul mengapakah banner tersebut masih tidak diturunkan sedangkan mereka telah membuat kenyataan penafian tentangnya pada awal pagi Jumaat? Sebarang makluman terkini akan kami sampaikan kepada anda.

Thursday 20 September 2012

Senarai Calon #PRKampus UIAM


Hampir semua universiti di tanah air ini sedang menghadapi Minggu Pilihan Raya Kampus yang sedang hangat berkempen untuk memastikan kemenangan atau mempertahankan kerusi yang sedia ada.

Begitu juga dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) yang telah pun menjalankan penamaan calon di kampus Gombak dan kampus Kuantan.

Debaran pastinya terasa bagi calon-calon yang menghadapi cabaran untuk mengubah persepsi pelajar-pelajar supaya faham akan manifesto yang dibawa lalu mendapatkan undi mereka untuk memastikan para pelajar dibela sama ada dengan mengekalkan manifesto yang lama atau mengubahnya.

Berikut merupakan senarai penuh calon Pilihan Raya Kampus di UIAM;

Kampus Gombak 
AIKOL 
-Aisyah Al-Humairah 
-Mohamed Zaid 
-Mohd Wafiy 
-Muhammad Farhan Mirza 
-Muhammad Kamil 

ICT 
-Azwan Shazwan 
-Faid Heiri 
-Hafizah Hisma 
-Irma Pammusu

ENGINE 
-Anas Mazli 
-Hafis Firdaus 
-Mohammad Imran 
-Mohd Syamsul 

ENMS 
-Muhammad Hamidi 
-Muhammad Zubair 
-Nuroll Aiman 
-Siti 'Aishah Jauhara 

IRKHS 
-Islah Nasreen 
-Izzat Afif 
-Mohd Hudzaifah Shubli 
-Noor Ashikin 
-Nuramirah Shahrin 

KAED 
-Arif Mohd Azlan 
-Mohd Nazarul Shazwan 
-Muhammad Luqman 
-Siti Fatimah Azzahra 

EDUCATION 
-Amira Husna 
-Nas Idayu 
-Nuruljannah 
-Siti Solehah 

International 
-Esra Ozturk 
-Ibrahim AS Juneidi 
-Mohammad Ziaolhaq 
-Sebghatullah Qazizada 
-Umar Mohammad 

Kampus Kuantan 

KOM 
1- Ahmad Syahid Ibrahim. 
2- Hanis Abdul Rani. 

KOP 
1- Muhammad Zulhilmi Mohd Razali. 
2. Farah Atiqah Mohd Husni 
3- Nur Atiqah Hasman Yusri 
4- Siti Shahirah Ghanisma 

KOD 
1- Muhd Faiz Mohamed. 
2- Najibah Mohd Kazmin. 
3- Zati Balqis Mohd azme 

KAHS 
1- Aida Norsyuhada Zuraidi 
2- Muhd Razani Azmi. 
3- Muhammad Farhan Amran 

KOS 
1- Ahmad Fathi Mohd salleh 
2- Allyaa Zahraa Ahmad Fadzil. 
3- Noor Sofiyyah Shahruddin 
4- Wan nur Atikah Wan Mohd adnan 
5- Rabi'atul Adawiyah Lan Bah Dun 

KON 
1- Nuur Asyrafuddin Mohd Said 
2- Nur Syuhada Sjarifuddin 
3- Fatimah Mohamad. 

International 
1- Majid Maetalong

Pilihanraya Kampus UIAM Tercemar Insiden Surat Palsu - Laporan Polis


GOMBAK - Pilihanraya Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tercemar dengan insiden memalukan apabila muncul sepucuk surat palsu yang dipercayai bertujuan untuk menyerang pentadbiran universiti tersebut semalam.

Ekoran dari "perang" politik kampus tidak bermoral itu, beberapa kakitangan pentadbiran UIAM telah tampil membuat satu laporan polis di Balai Polis Gombak pada sekitar jam 10 pagi tadi bagi menyiasat dalan di sebalik fitnah yang cuba memburuk-burukkan institusi pengajian tinggi tersebut.

Ketua Balai Polis Gombak mengesahkan ada menerima laporan berkenaan dan akan menyiasat mengenai surat tersebut.

Surat berkenaan yang menggunakan kepala surat UMNO itu ditujukan kepada Rektor UIAM, Datuk Prof. Dr. Zaleha Kamarudin dan ditandatangani oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Isi kandungan surat palsu itu antaranya mendakwa kononnya terdapat campur tangan dari Perdana Menteri bagi mengatur jawatan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UIAM,  Datuk Prof Madya Dr. Mizan Hitam, yang dipercayai mempunyai tujuan tidak baik.

Menurut salinan laporan polis yang dibuat, beberapa kakitangan HEP meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan surat palsu itu memandangkan ia berkait rapat dengan unsur pemalsuan, fitnah dan tidak beretika.

Para mahasiswa mula berkempen sejak petang semalam sejurus selepas pihak pentadbiran UIAM mengumumkan nama-nama calon yang layak bertanding di Dewan Bankuet, Bangunan Rektor.